Pages

Showing posts with label Kisah Cinta.... Show all posts
Showing posts with label Kisah Cinta.... Show all posts

Monday, 2 July 2012

Love of Gurlz






Thanks Sudi Jenguk Cni ^_^ Sharing is Caring

Kau Dan Aku~~



hari pertama --> kita msg , kita ketawa , kita berkongsi cerita ...
hari kedua ---> aku merajok ,kau memujuk .. bhagianya saat tuhh
hari ketiga ---> nk tgk muka kau hari2 .. tpy malangnya ...aku x mampu ;(
hari keempat ---> kita semkin jauh .. knpa ??
hari kelima --> aku rindu
hari keenam --> aku cari kau . hmm mana ni , aku tanak tipu diri aku lagi . Aku tuggu msg kau tapi tak ada , dalam hati ada niat nak Call kau ?? HMM aku takodd aku ggu kau je .. hati chakap(tgu jea lahh) ..
hari ketujuh -->hari ney kau anta msg * duk mane ..jum keluar* lepas bc msg tuhh aku happy sangat sangat ... wahh ! dia tak lupa aku laa ~ 
hari kelapan--> *ku sangka kan panas hingga ke petang rupanya hujan d tengah hari* kebahagian tuhh hanya sesaat .. sedehnya ... kita bergaduh sampai takde jalan penyelasaian... aku tahu semua ni salah aku ..aku mngaku ..aku ego .. aku xpndy jaga hati kau, maafkan saku . . . :( 
hari kesembilan --> hujan dah tukar jd ribut .. kau maseh tanak chakap dengan aku .. tgk muka aku pon kau x maw kan .. hurmmm ..xpe lahh .. aku x kesahh ..sbb aku bukan PENTING pon bg kau kan .. AKU CUMA KAWAN KAU YANG TAKDE APA APA MAKNA KAN .. aku sedar spa aku kt hati kau.. tapi tanpa kau sedar sebnarnya hati aku dah mula sayang kat kauu . :( 
hari kesepuluh--->-jangan berharap pada yg x sudi- hati ni dahh letihh . untuk segalanya maafkan akuu . YAKINKAN DIRIKU DIA BUKAN MILIKU ! 


dan hari2 seterusnya --> Aku dahh penadd rindu kt kau .. aku dahh penadd tgu kau .. maafkan aku ... ):aku MENGAKU aku sayang KAU :( ..terima kasehh kerana sudi jadi kawan aku even hanya sekejapp . tanpa kau sedar sampai sekarang aku selalu perhatikan kau dari jauh walaupun aku tahu kau perasan yang aku selalu perhatikan kau . semoga kau bahagiaa yaa :D 

PENGAJARAN --> SAYANG , CINTA ,KASIH ,RINDU BOLEH DATANG TNPA DIPAKSA WALAUPUN KITA PERNAH BERKATA *AKU TAKAN JATUH CINTA DENGAN BUDAK TU* 


credited to 
Saya tahu. awak malas nak komen. sebb tu awk like je kan? huhu

Thanks Sudi Jenguk Cni ^_^ Sharing is Caring

Friday, 29 June 2012

Sayang di sayang~~




‎(\__/)
                            (♥‿♥) Oh Sayang di Sayang..
(“)_(“)
❤ Sayangkan KAWAN maniskan muka,
❤ Sayangkan SAHABAT sanggup terluka,
❤ Sayangkan KEKASIH makin suka,
❤ Sayangkan SAUDARA membalut duka,
❤ Sayangkan HARTA hanya seketika,
❤ Sayangkan NYAWA usah diteka,
❤ Sayangkan ILMU tiada pusara,
❤ Sayangkan HATI berbaik sangka,
❤ Sayangkan IMAN amalan dirangka,
❤ Sayangkan IBU jangan derhaka,
❤ Sayangkan AYAH elak dimurka,
❤ Sayangkan AGAMA terlindung petaka,
❤ Sayangkan RASUL menjauhkan neraka,
❤ Sayangkan ALLAH SYURGA TERBUKA..!




Thanks Sudi Jenguk Cni ^_^ Sharing is Caring

Jodoh Di Tangan Tuhan :)




PILIHLAH JODOH dengan 2 CARA.

PERTAMA, jadilah orang yang baik.
InsyaAllah, kita akan mendapat jodoh yang baik..

KEDUA, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita. insyallah, tak menyesal.

Maniskan Iman, Maniskan Senyuman.. :)



Thanks Sudi Jenguk Cni ^_^ Sharing is Caring

Allah Maha Pencipta..






Allah Maha Mengetahui...
Setiap yang terjadi pasti ada sebab disebaliknya...




Thanks Sudi Jenguk Cni ^_^ Sharing is Caring

God Loves You~~




Alangkah INDAHNYA kalau dapat kita FAHAMI bahawa setiap INCI ujian yang kita alami adalah sentuhan KASIH SAYANG daripada ALLAH (swt) kepada kita.. 
tidak pernah sekalipun ujianNnya datang untuk menjauhkan HAMBA daripada TUANNYA, 
bahkan untuk menjadikan MANUSIA INGAT dan DEKAT pada Maha Pencipta..✿

Credited to So Sweet


Thanks Sudi Jenguk Cni ^_^ Sharing is Caring

Bila Salah Pasti Ada Yang Betul :))



‎1 • Married » dah kahwin dan hidup bahagia hingga akhirat dgn izin-Nya

2 • Divorce » dah berpisah dan bercerai dengan pasangan

3 • Engaged » baru bertunang

4 • Couple » ada seseorang di hati, tapi belum bernikah sbb belajar/kmpul duit

5 • Clash » baru berpisah dengan kekasih

6 • Single » masih mencari pasangan

7 • Forever Alone » xde kawan, xde pasangan, main poker atau fb je sorang².


JANGAN LUPA..

1 • Married » Walaupun sudah kahwin jangan pernah berhenti mengorat pasangan.

2 • Divorce » Allah sedah menguji dirimu untuk tabah. Sedari hikmahnya.

3 • Engaged » Tempoh yang mencabar, selalulah tolak ansur dan berbincang.

4 • Couple » Tunggu lepas kahwin, yg sah lagi bagus!!

5 • Clash » Akan ada yang lebih baik untuk kamu di masa depan.

6 • Single » Jodoh itu d tangan Allah ~

7 • Forever Alone » Allah cipta kita berpasang²an. bersabarlah.


Credited to Facebook Page


Thanks Sudi Jenguk Cni ^_^ Sharing is Caring

Thursday, 21 June 2012

Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik dan Bahagia..



Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik dan Bahagia

1. Selepas solat Isyak,
ambil air segelas, baca
Al-Fatihah 1 kali, Ayatul
Qursi 1 kali, dan Surah Al-
Waqiah ayat 35-38
sebanyak 7 kali.

Sesungguhnya Kami telah
menciptakan isteri-isteri
mereka dengan ciptaan
istimewa, (Al-Waaqi'ah
56:35)

Serta Kami jadikan
mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah
disentuh), (Al-Waaqi'ah
56:36)

Yang tetap mencintai
jodohnya, serta yang
sebaya umurnya. (Al-
Waaqi'ah 56:37)

(Semuanya itu
disediakan) bagi puak
kanan;

2. Tiup dalam air dan
minum.

3. Niat dalam hati untuk
menjaga kecantikan diri
dan kebahagiaan
rumahtangga.

Khabarkan kepada kaum
ibu dan isteri-isteri
semoga ada
manfaatnya.

Thanks Sudi Jenguk Cni ^_^ Sharing is Caring

Thursday, 14 June 2012

Cinta Saya~~~





Cinta saya tak memerlukan saya memikirkannya setiap masa,
Cinta saya tak memerlukan saya memuji apatah lagi memuja dirinya,
Cinta saya tak memerlukan saya rasa cemburu tak bertempat, rasa down, rasa tertekan, bersangka2,
Cinta saya juga tak memerlukan saya berhubung dengan dirinya melalui SMS, Call, FB dsbnya,
Cinta saya tak memerlukan saya menatap wajah @ gambarnya,
Cinta saya tak memerlukan semua itu..

ya!
Cinta saya pelik, cinta saya asing..
cinta saya kelihatan tak pasti..

Sebab,
saya tahu! saya belum halal untuk dia..
saya cuma mencintai dirinya,
apa salahnya pada fitrah ini?

Salahnya kita..
Kerana selalu melayan nafsu dan rasa..




Thanks Sudi Jenguk Cni ^_^ Sharing is Caring

Monday, 4 June 2012

Hatiku~~





Jika aku memberimu sebutir bintang jangan kau balas dengan memberiku bintang juga tapi sebarkanlah bintangmu diluasnya alam semesta agar jadi petunjuk walau sebutir moga kan menerangi gelapnya malam.
Andai aku tak dapat menjadi pelita malammu,cukuplah aku menjadi kunang-kunang agar malammu terang. Saat ini kau dan aku di sini. Esok,entah siapa yang akan berkelana.Menyusuri dan melanjutkan takdir sendiri. Maka setiap detik aku ingin kita mengisinya dengan erti.
Terima kasih hadir disini...




Thanks Sudi Jenguk Cni ^_^ Sharing is Caring

Saturday, 12 May 2012

Madah Indah~2


mengenali seseorang itu
kadangkala membuat kita ketawa...
mengenali seseorang itu
kadang-kadang membuat kita mengalir air mata...
sesungguhnya...
mengenali seseorang itu
mampu memberi kita sejuta rasa...
marah , sedih, gembira, sayang & rindu...
tapi sedarkah kita ??
mengenali seseorang itu
adalah satu anugerah
biarpun hadir nya cuma seketika....


Thanks Sudi Jenguk Cni ^_^ Sharing is Caring

Sunday, 6 May 2012

Bertuahnya orang berbahagia~~~

kadang-kadang tengok kawan2 sekeliling...bahagianya dorg disamping insan2 tersayang...kwan-kwan yang tgah hot bercinta...kdg2 nampak romantik, manja, ceria, gurau senda...terbyang betapa indahnya perasaan dorang...terasa jealous kdg2 tgok sebb kte seolah2 blum merasa perasaan mcmtu...tapi kdg2 adakalanya kita merasa juga perasaan mcm nie wlupun dengan family...mustahil juga tak terlintas dalam hati nak ade teman istimewa kan... ada baiknya kite mendoakan kebahagiaan kawan-kawan sekeliling supaya mereka merasa gembira slalu...tk nk jga tgok member2 bersedihkan...jealous2 pun tk pyah ler kn smpi nak mendoakan keburukan utk org lain...mungkin blum smpi msa lgi nk menikmati semua tu...bersyukurlah dengan apa yang dah dikurniakan...(^_^)

Thanks Sudi Jenguk Cni ^_^ Sharing is Caring

Friday, 3 February 2012

100 Hari~~~


Salleh dan Salleha sedang duduk bersama di taman kampus tanpa melakukan apapun, hanya memandang langit sementara sahabat-sahabat mereka yang lain sedang asyik bercanda ria dengan kekasih masing-masing.

Salleha : ” Ahhh!! aku bosan. Aku berharap aku juga mempunyai kekasih yang dapat bersama berkongsi waktu denganku. “

Salleh : ” Nampaknya cuma tinggal kita berdua saja yang masih single mingle, masih tidak mempunyai pasangan sekarang.” (keduanya mengeluh dan berdiam beberapa saat)

Salleha : ” Aku ada idea best nie. Kita adakan permainan jom? “

Salleh : “Errr? Permainan apa? “

Salleha : “Ermmmmm… sonang tu bah. Apa kata kau jadi kekasihku dan aku jadi kekasihmu tapi hanya untuk 100 hari saja….. camnerr okay tak? “

Salleh : ” Baiklah… lagi pong aku juga belom ada agenda apa-apa untuk beberapa bulan nie. “

Salleha : ” Lerr… cam tak ikhlas jerr…. nak tak nak??… semangat sikitlah! Hari ini akan jadi hari pertama kita bercouple. Kita ke mana sekarang? “

Salleh : ” Camnerr kalau kita nengok wayang ajerr? Kalau tak salah cerita Love Is Cinta tengah now showing nie….. Ajeb ngan Adha cakap citerr nyerr best tau.. dia orang kasi 4 bintang lagi. “

Salleha : “OK sett!!!…. Jom kita pergi sekarang. Pastu kita gi karaoke yerr… agak-agak kalau kita ajak sama MasPenn ngan Lili tu dia nak tak??? “

Salleh : “Boleh juga…” ( mereka berdua pun pergi menonton, berkaraoke dan Salleh menghantar Salleha pulang selepas itu )

Hari ke 2 :

Salleh dan Salleha menghabiskan waktu untuk berbual dan bercanda di kafe, suasana kafe yang remang-remang dengan alunan muzik yang syahdu membawa hati mereka pada situasi yang romantis. Sebelum pulang Salleh membeli sebuah kalung perak yang berloketkan sebiji bintang untuk Salleha.

Hari ke 3 :

Mereka pergi ke Mall membeli-belah untuk mencari hadiah buat Lady Rye, seorang sahabat Salleh. Setelah lelah berkeliling dalam Mall, mereka memutuskan untuk membeli sebuah jam tangan. Setelah itu mereka beristirehat dan duduk di foodcourt, makan sepotong kuih dan satu gelas jus berdua dan mulai berpegangan tangan untuk pertama kalinya.

Hari ke 7 :

Bermain bowling dengan teman-teman Salleh. Tangan Salleha terasa sakit kerana tidak pernah bermain bowling sebelumnya. Salleh memicit-micit tangan Salleha dengan lembut.

Hari ke 25 :

Salleh mengajak Salleha makan malam di Danga Bay. Bulan sudah menampakkan diri, langit yang cerah menghamparkan ribuan bintang dalam pelukannya. Mereka duduk menunggu makanan, sambil menikmati suara desir angin berpadu dengan suara gelombang bergulung di pantai. Sekali lagi Salleha memandang langit, dan melihat bintang jatuh ( shooting stars ). Dia mengucapkan suatu permintaan dalam hatinya.

Hari ke 41 :

Salleh menyambut ulang tahun. Salleha membuatkan kek ulang tahun untuk Salleh. Bukan kek buatannya yang pertama, tetapi kasih sayang yang mulai timbul dalam hatinya membuat kek buatannya itu menjadi yang terbaik. Salleh terharu menerima kek itu, dan dia mengucapkan suatu harapan saat meniup lilin ulang tahunnya.

Hari ke 67 :

Salleh dan Salleha menghabiskan waktu di Sunway Lagoon. Berjalan sama di The World’s Longest Pedestrian Suspension Bridge, sambil menikmati pemandangan. Naik The Viking, makan aiskrim bersama, dan mengunjungi kiosk permainan. Salleh menghadiahkan sebuah boneka teddy bear besar bermata biru untuk Salleha, dan Salleha membelikan sebuah MP3 thumbdrive player untuk Salleh.

Hari ke 72 :

Pergi ke Suntec City di Temasik. Melihat meriahnya pameran dari negeri Cina. Salleha mengajak Salleh untuk mengunjungi salah satu kiosk “Fortune Telling”. Sang peramal hanya mengatakan “Hargai waktumu bersamanya mulai sekarang” kemudian peramal itu menitiskan airmata.

P.S : Korang jangan pulak besok-besok gi jumpa tukang telek pulak… tang ini cuma buat sedapkan jalan citerr jerr…

Hari ke 84 :

Salleh mengusulkan agar mereka berlibur ke pantai. Pantai desaru kelihatan sepi kerana bukannya waktu percutian bagi orang lain. Mereka melepaskan sandal dan berjalan sepanjang pantai sambil berpegangan tangan, merasakan lembutnya pasir dan dinginnya air laut menghempas kaki mereka. Matahari terbenam, dan mereka berpelukan seakan tidak ingin berpisah lagi.

P.S Lagi : Tang peluk-peluk nie pong… korang jangan pulak nanti serang jebat pasai buat adengan peluk-peluk… sama jugak macam yang kat atas tu… sajerr nak panjangkan citerr…

Hari ke 99 :
Salleh memutuskan agar mereka menjalani hari ini dengan bersantai sambil berputar-putar tanpa arah tujuan keliling bandar dan akhirnya duduk di sebuah taman.

1520hrs

Salleha : ” Aku haus. Rest kejap okay. “

Salleh : ” Tunggu disini, aku beli minuman dulu. Aye nak minum “Green Tea”; You nak minum apa? “

Salleha : ” Biar I saja yang beli. Aye kan penat putar stering keliling bandar hari ini. Sekejap yerr “

Salleh mengangguk. Kakinya memang suka simpul biawak atau cramp kalau lama memandu.

1530hrs

Salleh sudah menunggu selama 10 minit and Salleha masih belum kembali juga. Tiba-tiba seseorang yang tidak dikenali berlari menghampiri Salleh dengan wajah panik.

Salleh : ” Ada apa Cik? “

Orang asing : ” Ada seorang perempuan dilanggar kereta. Rasa-rasanya macam temanmu tadi “

Salleh segera berlari bersama orang itu. Disana, di atas jalan yang panas terjemur terik matahari siang, tergeletak tubuh Salleha bersimbah darah, masih memegang botol minumannya. Salleh segera menelefon ambulan dan langsung mengikut Salleha ke rumah sakit bersama-sama ambulan. Selama 8 jam 10 minit, Salleh tidak senang duduk diruang menunggu bilik kecemasan. Sekejap berdiri… sekejap mundar-mandir.. fikiran Salleh bercelaru. Seorang doktor keluar dengan wajah penuh penyesalan.

2353hrs

Doktor Zuhana : ” Maaf, tetapi kami sudah cuba melakukan yang terbaik. Dia masih bernafas sekarang tapi Yang Maha Kuasa akan segera menjemput. Kami menjumpai surat ini dalam kocek bajunya. “

Doktor Zuhana memberikan sekeping surat yang terkena percikan darah kepada Salleh dan Salleh segera masuk ke dalam bilik rawatan untuk melihat Salleha. Wajahnya pucat tetapi kelihatan damai. Salleh duduk disisi pembaringan Salleha dan menggenggam tangan Salleha dengan erat. Untuk pertama kali dalam hidupnya Salleh merasakan torehan luka yang sangat dalam di hatinya. Butiran airmata mengalir dari kedua belah matanya. Kemudian dia mulai membaca surat yang telah ditulis Salleha untuknya.

Sahabatku Salleh…
Ke 100 hari kita sudah hampir berakhir. Aku menikmati hari-hari yang telah ku lalui bersamamu. Walaupun kadang-kadang kau buat derk dan tidak dapat ku membuat telahan, tetapi semua perkara itu telah membawa kebahagiaan dalam hidupku.

Aku sudah menyedari bahawa kau adalah jejaka yang berharga dalam hidupku. Aku menyesal tidak pernah berusaha untuk mengenalmu lebih dalam lagi sebelumnya.

Sekarang aku tidak meminta apa-apa, hanya berharap kita dapat memanjang hari-hari kebersamaan kita. Sama seperti yang ku ucapkan pada bintang jatuh malam ( shooting stars ) itu di pantai, Aku ingin kau menjadi cinta sejati dalam hidupku. Aku ingin menjadi kekasihmu selamanya dan berharap kau juga akan berada disisiku seumur hidupku. Salleh, aku sangat sayang padamu.

Thanks Sudi Jenguk Cni ^_^ Sharing is Caring

Tulang Rusuk Yang Patah~~♥♥


Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?” tanya Dara.
“Sudah pasti kamu!” balas Jejaka.
“Pada pandangan kamu, aku ini siapa?” tanya Dara lagi.

Jejaka diam sejenak, berfikir, lalu menatap Dara dengan tenang dan berkata, “Kamu adalah tulang rusukku! Ada tertulis, Tuhan melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam tidur, Tuhan mengambil rusuk dari Adam dan menciptakan Hawa. Semua lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, dia tidak lagi merasakan sakit di hati.”

Mereka kemudiannya bernikah dan melalui masa-masa yang indah dan manis untuk sesaat. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kepenatan hidup yang kain mendera. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari, pada akhir sebuah pertengkaran, Dara membentak, “Kamu tak cintakan aku lagi!”

Jejaka sangat membenci ketidakdewasaan Dara dan secara spontan membalas, “Aku juga menyesal menikah dengan kamu! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!”

Dara terkedu, berdiri terpaku untuk beberapa saat. Matanya basah. Dia menatap Jejaka, seakan tak percaya dengan apa yang telah didengarnya tadi. Jejaka pula menyesal dengan apa yang sudah dia ucapkan. Tetapi seperti air yang telah tertumpah, ucapan itu tidak mungkin untuk ditarik kembali. Dengan linangan air mata, Dara mengemas barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

“Jika aku bukan tulang rusukmu, aku akan pergi! Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing.”

Lima tahun berlalu…

Jejaka tidak menikah lagi, tetapi berusaha mencari khabar tentang kehidupan Dara. Khabarnya Dara pernah menikah dengan seseorang selepas itu, tetapi jodohnya tidak panjang juga. Jejaka yang tahu semua tentang Dara, merasa kecewa kerana dia tak pernah diberi kesempatan untuk kembali. Dara tak pernah menunggunya.

Suatu malam yang sunyi, saat Jejaka menghirup secawan kopi panas, dia merasakan ada yang sakit di dadanya. Tapi dia tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan Dara. Ditakdirkan mereka bertemu kembali secara tidak sengaja.

“Kamu apa khabar?” tanya Jejaka.

“Baik-baik saja. Hmm, apakah kamu sudah menemukan rusukmu yang hilang?” tanya Dara spontan.

“Belum,” jawab Jejaka sepatah.

“Aku akan ke luar negara esok. Mungkin akan pulang dua minggu lagi,” beritahu Dara.

“Telefon aku kalau kamu sempat. Kamu tahu nombor telefon rumah kita, bukan? Masih tidak berubah. Dan, tak akan ada yang berubah,” kata Jejaka.

Dara tersenyum kemudian berlalu.

Seminggu kemudian, Jejaka mendengar khabar bahawa Dara mengalami kemalangan, dan meninggal.

Malam itu, sekali lagi, Jejaka menghirup kopi panas dan kembali merasakan sakit di dadanya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana Dara – tulang rusuknya sendiri, yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Thanks Sudi Jenguk Cni ^_^ Sharing is Caring

Cinta Tak Perlukan Sebab~~♥


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..



Thanks Sudi Jenguk Cni ^_^ Sharing is Caring

Cinta Tak Harus Berbentuk Bunga~~~


Aku mencintai suamiku kerana sifatnya yang semulajadi dan aku begitu menyukai perasaan hangat yang muncul di hati ketika bersandar di bahunya yang bidang.

Tiga tahun dalam alam perkenalan, dan dua tahun dalam alam perkahwinan, harus aku akui bahawa aku mulai rasa bosan dan lelah dengan kehidupan berumahtangga dengannya dan alasan-alasan mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Aku seorang wanita yang berjiwa sentimental dan benar2 sensitif serta berperasaan halus. Aku merindui saat-saat romantis seperti seorang anak yang menginginkan belaian. Tetapi semua itu tidak lagi aku perolehi. Suamiku jauh berbeza dari apa yang aku harapkan dulu. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah memusnahkan semua harapan tentang kehidupan cinta yang ideal.

Suatu hari, aku beranikan diri untuk menyatakan keputusan untuk bercerai.

“Mengapa?”, dia bertanya dengan terkejut.

“Aku lelah, kamu tidak pernah memberikan cinta yang aku inginkan”

Dia terdiam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak
seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan aku semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang dapat aku harapkan darinya?

Dan akhirnya dia bertanya, “Apa yang dapat aku lakukan untuk mengubah fikiranmu?”.

Aku menatap matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan, “Aku ada satu pertanyaan, jika kau dapat menemui jawapannya, aku akan mengubah fikiranku: Seandainya, aku menyukai setangkai bunga indah yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika kau memanjat gunung itu, kau akan mati. Apakah kau akan melakukannya untukku?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Aku akan memberikan jawapannya esok.”

Hatiku langsung gundah mendengar reaksinya. Keesokan paginya, suamiku tiada di rumah, dan aku menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebuah gelas yang berisi susu hangat yang bertulis…

“Sayang, aku tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan aku untuk menjelaskan alasannya.”

Kalimat pertama ini menghancurkan hatiku. Aku lantas terus membacanya.

“Sayang, kau biasa menggunakan komputer dan selalu menghadapi masalah
kerosakan program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Aku harus memberikan jari-jariku supaya dapat membantumu dan memperbaiki programnya.”

“Kau selalu lupa membawa kunci rumah ketika keluar rumah, dan aku harus memberikan kakiku supaya dapat menendang pintu, dan membukakan pintu untukmu ketika pulang.”

“Kamu suka jalan2 ke luar kota tetapi selalu sesat di tempat-tempat baru kamu kunjungi, Aku harus menunggu di rumah agar dapat memberikan mataku untuk mengarahkan jalan untukmu.”

“Kamu selalu kelelahan pada waktu ‘teman baikmu’ datang setiap bulan, dan aku harus memberikan tanganku untuk memicit kakimu yang kebas.”

“Kamu seorang yg suka diam di rumah, dan aku selalu khuatir kamu akan menjadi ‘aneh’. Dan aku harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkanmu di rumah atau meminjamkan lidahku untuk menceritakan hal-hal lucu yang aku alami.”

“Kamu selalu menatap komputermu, membaca buku dan itu tidak baik untuk
kesihatan matamu, aku harus menjaga mataku agar ketika kita tua nanti, aku masih dapat menolong memotong kukumu dan mencabuti ubanmu.”

“Tanganku akan memegang tanganmu, membimbingmu menyusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna2 bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu”.

“Tetapi sayangku, aku tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, aku tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematianku.”

“Sayangku, aku tahu, di luar sana ada banyak orang yang mampu mencintaimu lebih dari aku mencintaimu.”

“Untuk itu sayangku, jika semua yang telah kuberikan dengan tanganku, kakiku, mataku, tidak cukup bagimu. Aku tidak dapat menahan dirimu mencari tangan, kaki, dan mata lain yang dapat membahagiakanmu.”

Air mataku jatuh di atas tulisannya dan membuat tintanya menjadi kabur, tetapi aku tetap berusaha untuk membaca selanjutnya…

“Dan sekarang, sayangku, kamu telah selesai membaca jawapanku. Jika kau berpuas hati dengan semua jawaban ini, dan tetap menginginkanku untuk tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, aku sekarang sedang berdiri di luar pintu menunggu jawapanmu.”

“Jika kamu tidak puas, sayangku, biarkan aku masuk untuk mengambil barang-barangku, dan aku tidak akan menyusahkan hidupmu. Percayalah, kebahagiaanku adalah apabila kau bahagia.”.

Aku segera berlari membuka pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah keliru sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaanku.

Oh, kini baru aku tahu, tidak ada orang lain yang pernah mencintaiku lebih dari dia mencintaiku. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasakan pasangan kita tidak dapat memberikan cinta dalam bentuk yang kita inginkan, maka cinta itu sesungguhnya telah hadir dalam bentuk lain yang tidak pernah kita bayangkan sebelumnya.

Seringkali yang kita perlukan adalah memahami bentuk cinta dari pasangan kita, dan bukan mengharapkan bentuk tertentu kerana cinta tidak selalu harus berbentuk “bunga”.

Thanks Sudi Jenguk Cni ^_^ Sharing is Caring

Seribu Burung Kertas~~♥


Sewaktu Boy dan Girl di awal alam percintaan, Boy melipat 1000 burung kertas buat Girl dan menggantungkannya di dalam bilik Girl. Boy mengatakan, 1000 burung kertas itu menandakan 1000 ketulusan hatinya.

Girl dan Boy berasakan setiap detik percintaan mereka begitu indah sekali.

Tetapi entah kenapa, di suatu hari, Girl mulai menjauhi Boy. Girl memutuskan untuk berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan berhijrah ke Perancis serta menetap di kota Paris tempat impiannnya selama ini.

Sewaktu Girl mahu memutuskan hubungannya dengan Boy, Girl memberitahu Boy, “Kita harus melihat dunia ini dari sudut yang matang. Perkahwinan bagi wanita adalah kehidupan kedua kalinya! Aku harus memegang kesempatan ini dengan baik. Kamu terlalu miskin, aku tidak sanggup membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah berkahwin !”

Setelah Girl pergi ke Perancis, Boy bekerja keras bagi membuktikan dia juga boleh berjaya. Boy melakukan banyak kerja. Dia pernah menjual buku, menjadi karyawan sementara dan berniaga kecil-kecilan. Setiap pekerjaannya dilakukan dengan tekun dan hati yang cekal.

Selang beberapa tahun…
Berkat usahanya tanpa henti dan dorongan teman-teman, akhirnya Boy berjaya memiliki sebuah syarikat berjaya. Dia sudah menjadi seorang lelaki yang kaya, tetapi hatinya masih teringat-ingat pada Girl. Boy masih tidak dapat melupakan gadis yang pernah bertapak di hatinya.

Di suatu hari, waktu hujan turun, Boy dari keretanyanya melihat sepasang suami isteri tua berjalan perlahan di hadapannya. Dia amat mengenali mereka. Mereka adalah orang tua Girl !

Hati Boy berdetik. Dia ingin mereka lihat bahawa dia sekarang tidak hanya mempunyai kereta sendiri, tetapi juga mempunyai sebuah villa indah dan syarikat sendiri. Boy ingin mereka tahu bahawa dia bukan seorang yang miskin lagi tetapi kini adalah seorang majikan kaya. Boy memandu keretanya perlahan sambil mengikuti kedua orang tua tersebut.

Hujan terus turun, tanpa henti, biarpun kedua org tua itu memakai payung, tetapi badan mereka tetap basah kerana hujan.

Sewaktu mereka sampai ke destinasi, Boy tercengang melihat apa yang ada di depan matanya. Ia adalah sebuah tanah perkuburan. Boy mengikuti orang tua Girl. Mereka berdiri di hadapan sebuah kubur. Boy melihat tulisan di atas batu nisan terpahat nama Girl yang dirinduinya.

Di samping kuburnya yang kecil, tergantung burung-burung kertas yang pernah dibuatkan Boy, dalam hujan burung-burung kertas itu kelihatan begitu hidup.

Orang tua Girl memandang Boy lalu memberitahu, “Girl tidak pergi ke Paris, Girl diserang barah. Girl telah pergi ke syurga. Girl ingin Boy menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai keluarga yang harmoni. Maka Girl terpaksa berbohong kepada Boy dahulu. Girl ada menyatakan yang dia sangat menyintai Boy, dia percaya kalau Boy berusaha, pasti akan berjaya. Girl turut mengatakan, jika suatu hari nanti Boy datang ke kuburnya, dia amat berharap supaya Boy membawakan beberapa burung kertas buatnya lagi. “

Boy lalu berlutut, berlutut di depan kubur Girl, menangis semahu-mahunya dengan begitu sedih sekali.

Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti, membasahi sekujur tubuh Boy. Boy teringat senyuman Girl yang begitu manis dan tulus. Mengingati semua itu, hatinya mula menitiskan darah.

Sewaktu orang tua Girl melangkah pulang dari tanah perkuburan, mereka melihat Boy sudah membukakan pintu keretanya untuk mereka. Lagu sedih kedengaran dari dalam kereta tersebut.

“Hatiku tidak pernah menyesal,
Semuanya hanya untukmu 1000 burung kertas,
1000 ketulusan hatiku,
Berterbangan di dalam angin
Menginginkan bintang yang lebat bertebaran di langit,
Melewati sungai perak,
Apakah aku dapat bertemu denganmu kembali?
Aku tidak takut berapa pun jauhnya,
Hanya aku ingin sekarang terus berlari kepadamu
Masa lalu seperti asap, hilang dan tak kan kembali,
Menambah kerinduan di hatiku.
Bagaimanapun dicari,
Jodoh kehidupan ini pasti tidak akan berubah”.

credited by cintawap.com

Thanks Sudi Jenguk Cni ^_^ Sharing is Caring

Biar Aku Menjadi MAtaharimu~~♥


Seorang wanita bertanya kepada seorang pemuda tentang cinta dan harapan. Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia dan pemuda berkata ingin menjadi matahari. Wanita tidak mengerti kenapa pemuda ingin menjadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani bunga.

Wanita berkata ingin menjadi rembulan tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu, tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari dan pemuda berkata ia akan selalu menjadi matahari.

Wanita tersenyum pahit dan kecewa. Wanita sudah 3 kali menduga namun pemuda tetap keras kepala, ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita. Maka wanita itu pun beredar pergi dengan rasa kecewa dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa matahari juga menjadi pilihan pemuda. Sang pemuda merenung sendiri dan menatap matahari.

Saat wanita menjadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya kepada bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan akhirnya rama-rama yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan.

Saat wanita menjadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan siapakah yang ingat akan matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut.

Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta. Dan saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit, bahkan di atas matahari, pemuda tetap selalu jadi matahari agar burung tetap bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun yang ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung.

Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini disebut sebagai kesetiaan, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan. Pemuda tidak pernah menyesal menjadi matahari untuk wanita yang dicintainya….

credited by cintawap.com

Thanks Sudi Jenguk Cni ^_^ Sharing is Caring

Kehilangan~~♥


Jangan sesekali hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya akan menghancurkan perasaannya.

Jangan pernah menatap matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka

Perkara yang paling kejam adalah membiarkan seseorang jatuh cinta sedangkan kamu tidak mencintainya.

Suatu hari, seseorang yang sedang putus cinta menangis di taman. Datang seorang ahli falsafah bertanya padanya, “Kenapa kamu menangis?”

Orang itu menjawab, “Aku sangat sedih, kenapa dia meninggalkanku”

Lalu ahli falsafah itu tertawa sambil berkata, “Kamu bodoh sekali!”

Lalu orang itu menjawab, “Kenapa berkata begitu? Aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan, tak apalah kalau kamu tak mahu memujukku, tapi janganlah mentertawakanku.”

“Bodoh, kamu tak perlu sedih, kerana yang seharusnya sedih adalah dia,” kata ahli falsafah.

“Kenapa dia yang bersedih, bukankah dia yang meninggalkanku?”

Kata orang itu, “Kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu, tetapi dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya,” jawab ahli falsafah itu.

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyum yang dapat membuat hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

credited by cintawap.com

Thanks Sudi Jenguk Cni ^_^ Sharing is Caring

Cinta Ku Hanya Untuk Mu ♥♥


Semalam awak tanya saya.. “awak sayang saya tak?”
Saya jawab “Sayang….”
Awak tarik muncung. Awak kata saya jawab tak ikhlas!

Hari ni awak tanya lagi. “Kalau saya jd bunga, awak nak jadi apa?”
Saya jawab “Saya akan jadi tukang kebunnya.”
Awak merajuk lagi. Awak kata saya tak romantik!

Hari ni besday awak. Tapi saya terlupa.. Saya betul2 tak sengaja..
Saya terlalu sibuk dengan urusan kerja..
Maafkan saya…

Esok hari kekasih.. Awak ajak saya ‘candlelight dinner’ sama-sama..
Tapi saya ada meeting dengan client..
Sorry..

Saya dapat sms. Awak bgtau kwn lama awak add awak kt facebook..
Saya buat biasa je.
Kawan la.. Saya tak marah pun.
Tapi sebenarnya saya cemburu sikit. Cuma saya taknak cakap je..

Hari ni awak mtk izin keluar jumpa si dia.
Saya kata nak buat apa?.
Awak merajuk. Awak kata saya x sporting.
baiklah.. pergilah..
saya xde hak nak halang awak.

masuk hari ni dah seminggu awak menyepi.
saya call awak dari minggu lepas
tapi satu pun awak x angkat.. awak kemana?
saya risau tau tak?

saya nekad..
hari ni saya datang rumah awak cari awak.
mak awak kata awak takde.
tapi saya nmpak kasut awak.
sampai hati awak bohong saya.

malam tu awak call saya..
awak mintak putus.
awak kata awak nak bersama dengan si dia
puas saya merayu tapi awak tetap nak pergi..
saya tak tau nak cakap mcm mana lagi..

setiap hari saya lihat awak dari jauh
saya takut awak tersalah langkah
saya xnak si dia amik kesempatan kat awak
saya sayangkan awak..
sama macam dulu..
tak pernah berubah..

hari ni saya dapat tau awak ecident.
bergegas saya ke hospital.
doktor kata mata awak tertusuk kaca.
awak dah tak boleh melihat lagi.
ya Allah.. sedihnya saya.

boyfriend awak hilang entah ke mana.
mungkin dia tak suka girlfriend buta.
tapi tak mengapa..
awak jangan sedih ya..
kan ada saya..

doktor kata mata awak perlukan penderma.
pembedahan pun agak menelan belanja.
maafkan saya awak.
duit titik peluh saya selama ni untuk mengahwini awak terpaksa saya guna untuk pembedahan mata awak.
saya nak awak sembuh.

hari ni awak dah boleh melihat.
syukurlah.. lega hati saya.
saya harap lepas ni awak hati-hati.
saya tak dapat nak jaga awak lagi.

ya, memang saya tak romantik.
memang saya selalu pelupa.
memang saya selalu banyak kerja.
tapi percayalah..
sayangnya saya pada wak..
lebih dari segala-galanya..

“ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,
satu jam untuk menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang”

credited by cintawap.com

Thanks Sudi Jenguk Cni ^_^ Sharing is Caring

Owner By DearyAinn