Pages

Monday, 7 November 2011

♥Cinta Terluka♥


Hari-hari semalam..kulalui dengan penuh luka..
namun kulalui hidup ini walaupun penuh derita dan sengsara..
Tidak kunafikan...
semalam telah banyak mengenalkan aku akan erti sebuah derita percintaan..
Percintaan yang pada mulanya..
Mengajar aku erti kebahagiaan mencintai dan dicintai..
Akhirnya telah memaksa aku untuk menelan pahit getirnya perpisahan yang tak terduga..

Bukan ku pinta pertemuan jika akhirnya perpisahan yang mendatang..
Bukan ku rayu untuk diriku dicintai jika akhirnya ditinggalkan..
Benarkah kata janji itu hanya mainan bibirmu..
tetapi menjadi racun berbisa jika ia tidak dikotakan..
Ataukah aku yang terlalu berharap untuk memiliki hatimu..
Sedangkan engkau hanya ingin memainkan perasaanku?
Butakah cintaku atau bersalahkah diriku yang terlalu mengharapkanmu..
Untuk mengisi bunga-bunga cinta di segenap ruang hatiku..

Ku tahu cinta bukannya paksaan dan paksaan dalam bercinta..
Hanya membuat hati merana sedangkan cinta kita bukannya paksaan..
Kita saling cinta mencintai tapi hatiku merana jua...
Benarlah kata-kata orang tua..
Cinta yang tidak disirami dengan bunga-bunga keikhlasan dan kejujuran..
Akan menemui kegagalan...
Apakah sebelum ini aku saja yang penuh ikhlas dan jujur mencintaimu..
Sedangkan kini kau sewenang-wenangnya membunuh ..
Segala keikhlasan dan kejujuran dalam bercinta..
Jika sesungguhnya dihatimu benar ada cinta untukku..
Tetapi mengapa hatiku kau lukai..?
Sedarkah kau bahawa luka yang engkau tinggalkan terlalu dalam..
Dan amat sukar untuk aku membalutnya kembali...
Aku tak tahu adakah aku mampu untuk menyembuhkan luka yang teramat dalam ini..

Jika hatimu hanya ada dendam untuk menyakiti hati perempuan seperti aku..
Padamkanlah ia kelak ia akan membakar dirimu sahaja..
Siramilah api dendammu dengan kesejukan cinta seorang wanita..
Mungkin kau pernah mengalami betapa deritanya sebuah cinta yg tak kesampaian..
Tetapi kau melakukannya pada sebuah hati yang suci yang amat mencintaimu.?
Sedarlah engkau sebelum engkau dilukai buat kali kedua kerana kepedihan..
dari kelukaan amat berat sekali engkau menanggungnya..
Cukuplah sekali hati dilukai kerana luka untuk kali kedua...
Hanya membuat diri serik untuk bercinta..

Cinta dicipta dan dianugerahkan kepada setiap hati insan...
Bukan untuk dimungkiri kemudian ditinggalkan begitu saja..
Cinta perlu dibelai dan dibaja dengan kemesraan dan kasih sayang..
Tetapi jika hati telah tertutup untuk bercinta lagi..
Jangan sakiti dan lukai hati orang yang mencintaimu..
Kelukaan yang engkau tinggalkan buatku..sesungguhnya telah mendewasakanku..

Terima kasih atas semua kelukaan itu...
Akan kurawat ia walaupun teramat sukar untuk aku melakukannya..
Doaku semoga hatimu akan terbuka untuk mencintai seseorang..
Dengan keikhlasan dan kejujuran yang hakiki..bukannya dendam semata..
Walaupun kelak gadis itu bukannya AKU..




Thanks Sudi Jenguk Cni ^_^ Sharing is Caring

No comments:

Post a Comment

Sile tinggalkan jejak ok...hehe ^_^

Owner By DearyAinn