Pages

Monday, 7 November 2011

♥SuKa♥sAyAnG♥CiNtA♥


Di hadapan orang yang kau cintai,
Musim dingin berubah menjadi musim semi yang indah,
Dihadapan orang yang kau sukai,
Musim dingin tetap saja musim dingin hanya,
suasananya lebih indah sedikit,
Dihadapan orang yang kau cintai,
jantungmu tiba-tiba berdebar lebih cepat,
Dihadapan orang yang kau sukai,
Kau hanya merasa senang dan gembira sahaja,
Apabila engkau melihat kepada mata orang yang kau cintai,
matamu berkaca-kaca,
Apabila engkau melihat kepada mata orang yang kau sukai,
Engkau hanya tersenyum sahaja,
Dihadapan orang yang kau cintai,
Kata-kata yang keluar berasal dari perasaan yang terdalam,
Dihadapan orang yang kau sukai,
Kata-kata hanya keluar dari fikiran sahaja,
Jika orang yang kau cintai menangis,
Engkau pun akan ikut menangis disisinya,
Jika orang yang kau sukai menangis,
Engkau hanya menghibur sahaja,
Perasaan cinta itu dimulai dari mata,
Sedangkan rasa suka dimulai dari telinga,
Jadi jika kau mahu berhenti menyukai seseorang,
cukup dengan menutup telinga,
Tapi apabila kau cuba menutup matamu,
Dari orang yang kau cintai,
Cinta itu berubah menjadi titisan airmata,
Dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang lama,
Tetapi selain rasa suka dan rasa cinta...
Ada perasaan yang lebih mendalam..
Iaitu rasa sayang..rasa yang tidak hilang..
Secepat rasa cinta..
Rasa yang tidak mudah berubah,
Perasaan yang dapat membuatmu berkorban untuk orang yang kamu sayangi,
Mahu menderita demi kebahagiaan orang yang kamu sayangi,
Cinta ingin memiliki tetapi,
Sayang hanya ingin melihat..
Orang yang disayanginya bahagia,
Walaupun harus kehilangan..

Thanks Sudi Jenguk Cni ^_^ Sharing is Caring

No comments:

Post a Comment

Sile tinggalkan jejak ok...hehe ^_^

Owner By DearyAinn